Liam keluar RRQ Hoshi

Pemain lagenda RRQ Hoshi, William Setiawan atau lebih dikenali sebagai Liam, rasmi keluar daripada RRQ Hoshi.

Mereka mengumumkan berita itu menerusi Instagram rasmi mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team RRQ (@teamrrq)

Siapa sahaja tidak mengenali pemain lagenda ini?

Liam yang dikenali sebagai bapa Akai Indonesia selalu sahaja melakukan aksi-aksi yang luar biasa pada suatu ketika dahulu.

Kejatuhan karier Liam

Meskipun, dia seorang roamer/tank yang hebat tetapi posisinya sudah diganti oleh LJ pada MPL ID musim ke-5.

Pada MPL ID musim ke-6, Liam hanya sempat bermain beberapa perlawanan sahaja dan tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik.

Sejak daripada itu, Liam sudah jarang dilihat bermain sebagai lineup utama untuk pasukan itu.

Selepas dia memutuskan untuk rehat pada MPL ID musim ke-7, Liam kembali semula ke lineup RRQ Hoshi di MPL ID musim ke-8.

Malangnya di MPL ID musim ke-8, Liam masih tidak dapat peluang untuk bermain.

Semoga berjaya selepas ini Liam!

Foto: oneesports

RELATED NEWS

+