Liga Wild Rift di China memperkenalkan jendela perpindahan baru untuk rekrut pemain

Jendela perpindahan pemain selalunya dibuka sebelum kejohanan berpestij seterusnya berlangsung. Dalam e-sukan, terdapat juga di mana pemain akan ‘dijual beli’ sama seperti yang berlaku dalam industri sukan.

Baru-baru ini, China memperkenalkan jendela perpindahan di mana pasukan boleh membeli atau menjual pemain kepada pasukan lain dalam satu jangka masa tertentu,

Ia sudah bermula sejak Isnin dan akan berakhir pada 14 Ogos ini. Ini adalah yang pertama untuk Wild Rift. Bagaimanapun, dalam e-sukan, ia adalah perkara biasa yang berlaku lagi-lagi di China di mana pemain mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran.

Jendela perpindahan ini berakhir selepas WRL Challengers 2022 musim pertama tamat. Ia adalah liga yang dianjurkan Riot Games di China.

Edisi pertama Wild Rift Icons menyaksikan pasukan Nova Esports menjadi juara dunia pertama. Bagi WRL seterusnya, akan ada perubahan format dan pastinya banyak pasukan akan melakukan perubahan roster.

RELATED NEWS

+