Kerajaan China mengehadkan sesi ‘gaming’ kepada remaja bawah usia 18 tahun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kerajaan China mengumumkan bahawa mereka akan mengehadkan waktu bermain permainan video kepada hanya tiga jam seminggu iaitu daripada jam 8 malam hingga 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Peraturan itu dikenakan kepada remaja bawah usia 18 tahun bagi mengatasi masalah ketagihan kepada permainan dalam talian. Menurut mereka, permainan video dalam talian memberikan impak kepada kesihatan mental dan fizikal golongan bawah umur.

Peraturan ini akan dikuatkuasakan dengan ketat yang mana mereka akan menggunakan sistem imbasan ID yang mana akaun pengguna perlu ada nama sebenar. 

Kemungkinan akan ada tipu helah atau cara lain bagi golongan bawah usia untuk mendaftar menggunakan server di luar China.

Bagaimanapun, peraturan ini tidak dikenakan kepada golongan dewasa.

Sumber rujukan: TechCrunch

RELATED NEWS

+