Liputan E-Sukan Malaysia Dari Kacamata Wartawan E-Sukan

Memang tidak dinafikan industri e-sukan dan gaming semakin hangat diperkatakan di Malaysia. Jika korang melihat sisipan-sisipan akhbar dan tetapan majalah di peringkat antarabangsa dan tempatan, e-sukan dan gaming mendapat slot mereka tersendiri bagi membincangkan segala isu dan berita yang berlaku dalam industri ini.

Wartawan e-sukan, Hazril Md Nor berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan cabaran dialami dalam kariernya yang membuat liputan e-sukan selama 5 tahun dalam industri. Korang boleh tonton sesi perkongsian beliau di bawah:

Hazril berpendapat industri e-sukan ini masih lagi baru dalam kalangan masyarakat meskipun komuniti e-sukan sudah lama bertapak di Malaysia. Yang mengeruhkan keadaan lagi, budaya main game secara kompetitif dilihat sebagai satu perkara negatif dalam mata rakyat Malaysia.

Beliau memulakan karier penulisan sebagai wartawan freelance membuat laporan berita semasa di surat khabar tempatan Harian Metro dan sekarang menulis untuk portal permainan, MyGameOn. Walaubagaimanapun, beliau menghadapi cabaran editor yang melihat acara e-sukan ini tiada kepentingan untuk diselitkan dalam lipatan akhbar.

Meskipun hampir 50 artikel ditolak oleh editor, ini tidak melunturkan semangatnya untuk memberi fokus kepada liputan e-sukan dari segi perspektif pemain profesional dan laporan keseluruhan acara e-sukan. Menurut Hazril, beliau telah menemuramah beberapa atlit e-sukan berbakat seperti pemain Dota 2, Mushi dan MidOne serta pemain FIFA, Luqman “Fenrir” Haziq.

Beliau juga berkongsi tip kepada wartawan muda atau penulis yang baru berjinak dalam kewartawanan e-sukan. Antaranya adalah merajin-rajinkanlah diri untuk pergi ke acara e-sukan dan juga mempunyai pengetahuan mendalam game selalu dipertandingkan dalam e-sukan seperti Dota 2, Counter-Strike, Mobile Legends: Bang Bang. 

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost dan Mountain Dew bagi menjayakan #XPAXKEK.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+