Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif SEM9."> Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif SEM9." /> Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif SEM9." />

MESF beri kenyataan balas terhadap kenyataan Tommy Chieng

Baru-baru ini keluar satu kenyataan dari laman Facebook Tommy Chieng yang juga Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif SEM9.

Kenyataan yang dikeluarkan adalah mengenai Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) yang menjadi badan organisasi e-sukan di Malaysia.

Tommy Chieng menyatakan beberapa soalan dan pencerahan yang perlu dijawab oleh MESF.

Antara beberapa soalan yang dikemukakan adalah mengenai penggunaan bajet yang diberikan, merebut untuk menganjur pertadingan e-sukan KBS/MSN yang sudahpun dibuat oleh pelbagai pihak sebelum ini, memohon pasukan e-sukan untuk bertanding dan mengambil wang kemenangan mereka di IESF World Esports Championships.

Malah beberapa ikon e-sukan dalam Malaysia turut bersetuju dengan beberapa kenyataan Tommy.

Kenyataan balas dari MESF

MESF hari ini mengeluarkan kenyataan balas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Tommy Chieng.

MESF mengatakan kenyataan Tommy adalah tidak adil dan tidak digambarkan secara keseluruhan sekaligus memberi persepsi tidak sihat kepada orang ramai.

Pihak MESF juga menyatakan hantaran itu sudah dimanipulasikan atas tujuan menjatuhkan kredibiliti Afiq Fadhli selaku Naib Presiden MESF.

MESF menekankan perkara yang dikemukakan adalah peranan persatuan dalam merangka polisi dan hala tuju.

Tambahan lagi MESF juga menerima pelbagai pandangan dan kritikan dari orang ramai khususnya individu dalam e-sukan.

MESF juga bersedia untuk menjawab satu persatu persoalan yang dikemukakan oleh Tommy untuk masa akan datang.

RELATED NEWS

+