Lokasi kejohanan dunia League of Legends dipindahkan dari China ke Eropah

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Menghampiri tarikh mula kejohanan League of Legends iaitu 2021 League of Legends’ World Championship, Riot Games mengumumkan bahawa lokasi kejohanan itu terpaksa dipindahkan dari China ke Eropah. 

Namun, lokasi baru bagi kejohanan dunia ini masih lagi belum didedahkan, buat masa ini.

Dilaporkan pada Isnin oleh Upcomer, keputusan untuk memindahkan lokasi kejohanan ini dibuat berikutan protokol sekatan perjalanan akibat COVID dan ia menjadi sedikit sukar untuk mengadakan sebarang acara di China. 

Dengan berlakunya perubahan lokasi ini, ia menjadikan kejohanan kedua untuk League of Legends yang diadakan di Eropah, selepas Mid-Season Invitational yang diadakan pada bulan Mei di Reykjavik, Iceland.

Sebelum ini, kejohanan dunia Dota 2 juga terpaksa dipindahkan dari Stockholm, Sweden ke Bucharest, Romania berikutan sekatan dalam acara esukan di Sweden. Dota 2 akan berlangsung pada Oktober ini.

Sumber: The Verge

RELATED NEWS

+