Luminaire akui Ando lebih hebat ketika ini

Luminaire berjaya membawa Sang Macan Putih EVOS Legends muncul juara di MPL Indonesia musim ketujuh. Kemahiran mekanikal beliau menggunakan mage amat disegani pihak lawan ketika itu.

Namun begitu, Luminaire mula menghilangkan diri di saat tibanya MPL ID musim kelapan. Beliau digantikan oleh Wannn yang bermain posisi yang sama.

Tidak berapa lama kemudian, Luminaire kembali di dalam organisasi selepas mengambil cuti beberapa bulan. Akan tetapi, beliau harus bermula dari bawah untuk mendapatkan tempat kembali di dalam pasukan MPL EVOS.

Peluang Luminaire semakin tipis apabila beliau tidak dimasukkan ke dalam skuad utama Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021.

Selain itu, beliau sekali lagi gagal untuk mewakili EVOS Legends di pertandingan Piala Presiden 2021 di mana posisi midlaner diisi oleh pemain dari MDL iaitu Ando.

Menurut Luminaire, Ando bermain dengan lebih cemerlang di dalam scrim. “Anda semua tidak perlu kecewa, saya tetap bantu EVOS. Ando memang lebih hebat di dalam scrim, saya memberitahu kenyataan bahawa beliau memang lebih hebat daripada saya,” dilaporkan oleh Revival TV.

Adakah kita akan melihat Luminaire beraksi sekali lagi di MPL ID musim kesembilan. Kita bakal saksikan.

Foto dan Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+