Luminaire sudah bosan dengan Mobile Legends?

Luminaire adalah salah seorang ahli pasukan EVOS Legends yang sangat berkaliber pada musim ketujuh. Dia bersama pasukan berjaya menjadi juara untuk musim itu, menewaskan pasukan BTR di peringkat akhir.

Namun begitu, selepas tamat MPL ID musim ke-7, Luminaire mahu mengambil keputusan untuk berehat dari arena kompetitif Mobile Legends. 

Tidak lama kemudian, dia kembali ke arena kompetitif selepas menyertai pasukan MDL EVOS Legends ketika itu dan akhirnya diserap kembali ke dalam pasukan MPL EVOS untuk bermain di minggu keempat MPL ID musim ke-8.

Akan tetapi, pasukan EVOS Legends mula menunjukkan kemerosotan di dalam momentum mereka di musim ke-8.  Mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan kembali prestasi yang hebat ketika di musim ke-7 dan akhirnya gagal layak ke Kejohanan Dunia M3.

Menerusi wawancara seorang Youtuber Uus, dia menjelaskan bahawa Luminaire sudah tidak lagi berminat untuk bermain Mobile Legends dan bergiat di dalam arena kompetitif seperti sebelum ini.

Luminaire memberi jawapan terhadap persoalan itu dengan menyatakan, “Oleh kerana mindset kerja itulah yang membuat saya menjadi bosan dengan permainan MLBB, jadi saya mencari keseronokan sendiri di dalam permainan video itu.

“Walaubagaimanapun, saya akan tetap profesional, tetapi diri saya sekarang sudah tidak sama seperti sebelum ini, saya mengubah cara saya.

“Sebelum ini saya bermain dengan bersungguh-sungguh. Ada rakan yang bercanda sedikit, saya tegur. Sekarang saya pula yang bercanda. Tetapi saya tetap serius dan yang penting boleh bermain permainan MLBB,” ujarnya.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+