M2 catatkan sebanyak 3.08 juta tontonan serentak, menurut Esports Charts

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sebanyak 3.08 juta tontonan serentak dicatatkan untuk kejohanan dunia Mobile Legends, M2, menurut data dikeluarkan oleh Esports Chart.

Menurut laporan itu lagi, 1.8 juta tontonan adalah di Facebook saja dan Grand Final memecahkan rekod untuk e-sukan MLBB. Finale epik untuk M2 tersebut adalah di luar jangkaan yang mana ia juga merupakan acara pertama peringkat global dianjurkan di Asia Tenggara pada awal tahun ini.

Selain itu, juara dari Filipina, Bren Esports berjaya menewaskan Burmese Ghouls 4-3 dan  KarlTzy dinamakan sebagai pemain terbaik (MVP).

Bren juga dapat memilih hero kegemaran mereka untuk dijadikan skin M2 tersendiri nanti sama seperti EVOS Legends di M1 memilih Harith.

“Kami memilih Chou kerana semua orang boleh main,” kata Bren dalam satu temubual media tadi.

M2 dianjurkan oleh Moonton dengan kerjasama SCOGA dan disokong oleh STB dan IMDA.

RELATED NEWS

+