M2: Todak berada dalam kumpulan mana? Saksikan live group draw pada 12 Disember ini

Debaran kejohanan dunia Mobile Legends, M2 kian terasa. Ramai yang menantikan bila grouping akan diadakan dan semestinya bagaimana nasib Todak ditempatkan dalam kumpulan mana nanti.

Janganlah risau kerana live draw akan diadakan pada jam 3 petang pada hari Sabtu, 12 Disember ini.

Seperti yang anda saksikan foto di bawah, proses cabutan kumpulan ini akan diadakan mengikut ranking dan negara. 

Sebagai contoh, Pool 1 hanya merangkumi juara MPL negara masing-masing. Pool 2 pula untuk pemenang podium manakala Pool 3 untuk negara-negara tidak mempunyai MPL.

Foto di bawah pula menerangkan bahawa ketiga-tiga kelompok ini akan dibahagikan secara rawak yang mana satu kumpulan akan mempunyai satu pasukan dari setiap pool.

Bagaimanapun, pasukan dari negara sama tidak dibolehkan memasuki satu kumpulan sama.

Ini menjadikan sebanyak empat kumpulan akan terhasil yang mana 12 pasukan keseluruhannya akan bertanding.

Jangan lupa untuk saksikan live draw ini. Seharapnya Todak mampu buat yang terbaik tak kira dalam kumpulan mana mereka berada nanti.

Secara keseluruhannya, terdapat 12 pasukan yang akan hadir dari 9 negara berbeza termasuk Brazil, Jepun, dan Rusia. Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang dijemput untuk menyertai M2:

  • Malaysia – TODAK
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan ALTER EGO ESPORTS
  • Filipina – BREN ESPORTS dan OMEGA ESPORTS
  • Myanmar – BURMESE GHOULS
  • Kemboja – IMPUNITY KH
  • Brazil – DREAMMAX
  • Jepun – 10S GAMING FROST
  • Rusia – UNIQUE DEVU

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+