Bukan nasib yang baik buat pasukan Malaysia, Team SMG apabila ditewaskan dalam perlawanan pembukaan kumpulan D pada hari keempat kejohanan dunia Mobile Legends, M3.
Malah, Alberttt sebagai pemain jungler RRQ menunjukkan taring dengan mendapat dua kali Maniac pada perlawanan best of one itu.
View this post on Instagram
Pemilhan hero RRQ lebih agresif dengan adanya Paquito, Jawhead dan Esmeralda yang hanya digunakan untuk flank Team SMG ketika mereka melarikan diri.
Perlawanan terakhir di Lord menghentikan pergerakan Team SMG yang tidak dapat berbuat apa-apa.
Semoga pasukan Malaysia boleh bangkit semula lawan GX Squad dan tuan rumah, RSG SG nanti.
Foto: MOONTON Games