M3: Luahan komuniti MLBB didengari, Estes akan mendapat skin eksklusif

Susulan dari pengumuman pihak Moonton terhadap isu skin eksklusif Estes yang dipilih oleh Blacklist International masih di dalam perbincangan.

Ramai di antara peminat menyuarakan pandangan mereka tentang isu itu dan mereka menggesa pihak Moonton untuk memilih skin Estes sebagai skin eksklusif M3.

Hasil dari perbincangan itu, pihak Moonton akhirnya mendengar luahan hati sang juara dan juga peminat-peminat MLBB untuk memilih Estes sebagai hero yang akan mendapat skin eksklusif itu.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah posting di laman sosial Facebook rasmi MPL PH. Mereka juga mengucapkan selamat hari natal kepada semua peminat MLBB.

Adakah anda juga teruja dengan keputusan ini? Estes adalah hero yang berjaya membawa pasukan Blacklist International menjadi juara Kejohanan Dunia M3.

Sumber: MPL PH

RELATED NEWS

+