M3: “Navi akan beri saingan hebat kepada Todak,” – jurulatih, Hazim

Pasukan Malaysia, Todak mengakui skuad Rusia, Navi akan memberi saingan hebat di pusingan penyingkiran kejohanan dunia MLBB, M3 pada hari Khamis ini.

“Kalau dalam peringkat kumpulan, apa-apa pun boleh jadi. Di playoff yang dimainkan dalam best of 3, mereka sudah biasa.

“Jujur boleh nampak perubahan drastik dan tidak dinafikan kita tak boleh pandang rendah pasukan yang tiada Liga Profesional (MPL) di negara mereka.

“Ada nampak peningkatan gameplaymeta dan juga Navi satu pasukan yang bagus untuk bagi saingan hebat nanti,” kata jurulatih Todak, Hazim dalam satu sidang media sebentar tadi.

Hazim juga berkata Todak akan cuba yang terbaik untuk perlawanan itu nanti. Difahamkan, Navi mengalami perubahan drastik dengan menewaskan tuan rumah RSG SG, hari ini. 

Sementara itu, mengulas kemenangan ke atas SeeYouSoon, Danial Fuad atau Ciku berkata, antara kekuatan Todak ialah keupayaan pemain seperti dirinya, 4meyz dan Momo bertukar peranan (role).

“Kekuatan kami tadi ialah pihak lawan pening siapa akan main jungler. Mereka sudah ban Lancelot 4Meyz. Tapi orang lain pun boleh. 

“Agak sukar mereka nak tentukan siapa akan jungler atau bermain di EXP dan Gold Lane,” kata Ciku.

Ketika ditanya kenapa mereka tidak memilih Floryn untuk pilihan healer, Hazim berkata hero itu tak boleh beri banyak impak seperti Rafaela dan Estes.

“Kedua-dua Rafaela dan Estes boleh heal, slow dan menambah kelajuan. Tapi Floryn kami letakkan pilihan terakhir kerana tak banyak ia boleh lakukan,” katanya mengakhiri perbualan.

Todak akan jumpa Navi pada hari Khamis ini, jam 2 petang. Mereka akan main dalam pusingan best of 5.  

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+