M3: ONIC PH bersiap sedia untuk menghadapi ONIC ID

ONIC ID adalah salah satu pasukan yang mempunyai pencapaian yang memuaskan di tahun 2021. Mereka berjaya mendapatkan kemenangan di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia musim kelapan.

Selain itu, pasukan ini berjaya menundukkan pasukan terkuat dari Filipina iaitu Blacklist International di peringkat akhir Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021.

Pencapaian ini membuatkan pasukan lain tidak senang duduk terutamanya ONIC PH yang akan bertemu dengan pasukan ini.

Memandangkan keputusan group draw untuk Kejohanan Dunia M3 sudah diketahui. Pasukan ONIC PH melakukan kelainan kali ini untuk menghadapi ONIC ID. Sebelum ini, mereka tewas di tangan RRQ Hoshi di MPLI 2021 dengan skor 02.

Menurut pasukan ONIC PH, “Oleh kerana ONIC ID sudah biasa dengan corak permainan ONIC PH, jadi kami sudah melakukan persiapan yang cukup terutama di pertandingan pertama M3 menghadapi ONIC ID.” ujarnya.

“Jurulatih sudah yakin bahawa pasukan ini sudah bersedia untuk beraksi. Selain itu, jurulatih juga sudah menyiapkan line-up yang berbeza untuk M3 jika dibandingkan dengan pusingan grand final MPL PH musim kelapan.”

“Perkara ini membuatkan kami terkejut malah penganalisis kami juga merasakan hal yang sama.” tambah beliau.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+