Perlawanan di peringkat playoff upper bracket kejohanan dunia MLBB, M3 menyaksikan RRQ Hoshi akan menentang pasukan dari Filipina iaitu ONIC PH. Pasukan ONIC PH ingin menebus kekalahan mereka di MPLI sebelum ini.
Pasukan RRQ menghadapi kesukaran di perlawanan pertama dan kedua. Mereka menggunakan Lancelot untuk dimainkan oleh Alberttt namun strategi itu kurang berkesan.
ONIC PH kekurangan mata bunuh di dalam peta namun mereka lebih bijak di dalam mengejar objektif untuk melakukan comeback.
Di perlawanan ketiga, Alberttt sekali lagi menggunakan Lancelot dan R7 mengambil Uranus untuk mengelakkan Dlarskie dari mengambil hero itu.
RRQ Hoshi mengawal peta di minit awal permainan, mereka berjaya mengambil turtle dan mengejar objektif untuk menghancurkan turret pasukan ONIC PH.
4 Lord berjaya diambil pasukan RRQ untuk menamatkan permainan namun pasukan ONIC PH masih mampu bertahan dengan kehadiran Baloyskie untuk membuka peta.
ONIC PH menunggu masa yang sesuai untuk melakukan serangan balas dan seterusnya melakukan epic comeback untuk menamatkan permainan.
RRQ Hoshi akan bertemu dengan pasukan Blacklist International di peringkat lower bracket untuk meneruskan perjuangan mereka.