M3: Skin esklusif Estes masih di dalam perbincangan?

Pasukan Blacklist International berjaya muncul juara Kejohanan Dunia M3 selepas menewaskan pasukan ONIC PH dengan skor 4-0.

Perjalanan mereka di dalam peringkat lower bracket mengejutkan ramai peminat MLBB di luar sana.

Sejurus selepas kemenangan mereka ke atas pasukan ONIC PH, Oheb menyatakan bahawa beliau ingin Estes mendapat skin ekslusif M3.

Namun begitu, pihak Moonton masih lagi belum membuat keputusan untuk merealisasikan impian pasukan dari Filipina itu.

Perkara itu menyebabkan ramai peminat yang tidak berpuas hati dan memberi ancaman kepada pihak Moonton dengan memberikan 1 star rating di dalam google play store.

Terdahulu, pasukan EVOS Legends mendapat harith dan Bren Esports mendapat Lancelot sebagai skin ekslusif.

RELATED NEWS

+