M3: Susulan dari kemenangan ke atas RRQ, admin Blacklist terus ‘disable’ akaun Instagram

Susulan dari akaun Instagram ONIC PH dilaporkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mereka kehilangan akaun Instagram rasmi itu.

Begitu juga dengan pihak Blacklist International yang baru sahaja mendapat kembali akaun Instagram mereka selepas hilang ketika pertemuan dengan RRQ Hoshi di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI).

Pihak Blacklist International terus mengambil langkah awal untuk nyahaktif akaun Instagram rasmi mereka bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.

Tindakan itu diambil selepas pasukan Blacklist International berjaya menewaskan RRQ Hoshi dengan skor 3-0 tanpa balas. Satu kekalahan yang tidak dijangka dari negara jiran kita iaitu Indonesia.

Diharap provokator dan individu yang tidak bertanggungjawab itu menghentikan perbuatan ini. Ia hanya akan memburukkan lagi pasukan itu dan mencalarkan imej negara sendiri.

RELATED NEWS

+