diketahui, kita dapat lihat tidak ada sebarang slot untuk pasukan dari Jepun dan Myanmar."> diketahui, kita dapat lihat tidak ada sebarang slot untuk pasukan dari Jepun dan Myanmar." /> diketahui, kita dapat lihat tidak ada sebarang slot untuk pasukan dari Jepun dan Myanmar." />

M3 tanpa Jepun dan Myanmar kali ini

Selepas keputusan 16 pasukan yang akan layak ke M3 sudah diketahui, kita dapat lihat tidak ada sebarang slot untuk pasukan dari Jepun dan Myanmar.

Ini menjadi satu tanda tanya untuk kedua-dua negara itu. Pasukan Myanmar sebelum ini iaitu Burmese Ghouls menjadi naib juara selepas tewas menentang Bren Esports di M2.

Terdahulu, Obuyan ada memberikan kenyataan tentang perkara ini. Menurut beliau, tidak ada sebarang kelayakan rasmi MLBB diadakan di Jepun.

“Adakah Jepun sudah dipinggirkan?” kata beliau di dalam kapsyen itu. Pasukan 10s Gaming Frost adalah satu-satunya pasukan Jepun yang menyertai Kejohanan Dunia M1 dan M2 sebelum ini.

Mereka membawa masuk meta support Rafaela pada edisi pertama dan berjaya memberikan kejutan kepada para penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil ketika itu.

Ketiadaan mereka di dalam edisi ketiga kali ini pasti akan menjadi satu berita yang sedih buat peminat mereka. Diharap Jepun dan Myanmar akan mendapat slot ke M4 selepas ini.

Kejohanan Dunia, M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dan wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta).

RELATED NEWS

+