M3: Todak menang lawan Onic ID, tahniah diucapkan!

Todak mengambil perlawanan ketiga hari ini dengan bergaya selepas memenangi perlawanan ke atas Onic ID sebentar tadi.

Pemilihan Wan Wan juga sangat baik dengan memberikan Ciku kebebasan untuk bergerak di medan pertempuran sambil mengenakan damage dengan selamat.

Mereka seterusnya berjaya untuk bawa perlawanan sampai ke minit akhir dan kemudian mendapat kemenangan di kawasan terakhir Lord.

Ini memberikan mereka kelebihan dengan melayakkan diri ke upper bracket dicampur dengan kemenangan ke atas Vivo Keyd hari ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Mari kita imbas kembali perlawanan dengan menonton video di bawah:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Hari ini adalah perlawanan Best of 1 yang mana ia menyaksikan wakil Malaysia, Todak berentap lawan Onic ID dan PH serta wakil Brazil, Keyd Stars.

Peringkat kumpulan akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket.

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk skuad Malaysia kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+