MAB Esports bubar divisi MLBB mereka

Pasukan MAB Esports adalah salah satu pencabar baru di arena kompetitif MPL MY. Mereka mula bermain di MPL MY musim ke-9 selepas memenangi pusingan kelayakan.

Namun begitu, nasib mereka tidak begitu baik apabila gagal untuk mendapatkan slot ke playoff dan menyebabkan mereka tidak layak untuk mengunci slot di musim ke-10.

Kini, sejurus sahaja tamat peringkat kelayakan musim ke-10. Pasukan MAB Esports memutuskan untuk membubarkan divisi MLBB mereka selepas tewas di tangan Team Haq di peringkat kelayakan.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram mereka. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MAB ESPORTS (@mab_esports)

Adakah kita akan melihat MAB Esports bangkit semula untuk musim hadapan nanti? Kita bakal saksikan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan MAB Esports, semoga mereka akan kembali pada musim hadapan.

Sumber dan foto: MAB Esports

RELATED NEWS

+