MAB Esports umumkan Jerong sebagai jurulatih dan jungler kedua, Zuto

Organisasi e-sukan, MAB Esports mengumumkan kemasukan jurulatih baharu, Fikry Amir atau Jerong menggantikan Shahril Anuar Abdul Rashid (Nenas) dalam persediaan menghadapi minggu keempat dan seterusnya bagi Liga Profesional MLBB (MPL) MY S9.

Jerong pernah menjadi jurulatih Team Lemah dan On Air Esports (MWI).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MAB ESPORTS (@mab_esports)

Mereka turut mengumumkan kehadiran pemain Jungler baharu, Zuto yang pernah menyertai Team Bonito sebelum ini. Pastinya kehadiran Zuto akan memberikan MAB strategi baru kelak yang akan mengejutkan pasukan lain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MAB ESPORTS (@mab_esports)

Setakat minggu ketika MPL MY S9, MAB Esports memperoleh tempat kedua namun mereka tidak boleh terlalu selesa kerana Suhaz Esports belum memainkan baki dua perlawanan dan Homebois juga sedang mengejar dari belakang dengan 100% kadar kemenangan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Minggu keempat menyaksikan jendela perpindahan pemain kini dibuka dan setiap pasukan bebas mengambil pemain baru dan menukar roster yang ada.

MPL MY S9 diadakan di EBN Esports City di Quill City Mall, Kuala Lumpur, mengumpulkan 10 pasukan bertanding.

Tiket sudah pun boleh dibeli di laman web ini.

RELATED NEWS

+