Macam ni rupanya skin M3 Estes Blacklist International..

Pada Disember lalu, Blacklist International sepakat memilih Estes sebagai hero yang akan menerima skin kerana memenangi kejohanan dunia Mobile Legends, M3. Skin itu seterusnya akan bertemakan organisasi dari Filipina itu.

Baru-baru ini, tertiris model untuk skin Estes itu.

Seperti yang anda lihat di video di atas, skin Estes M3 ini mempunyai persalinan yang bertemakan warna hitam putih dicampur kuning sekali gus mencerminkan tema Blacklist dan juga warna-warna M3.

Dinamakan Estes Blacklist International, skin ini akan menjadi yang ketiga selepas skin EVOS Legends Harith (M1) dan Lancelot Bren Esports (M2) dikeluarkan.

Buat masa ini, masih belum ada efek dan visual ditunjukkan untuk skin ini.

RELATED NEWS

+