Madtoi kemana tu?

Team Secret adalah nama yang tidak asing lagi di dalam dunia kompetitif PUBG Mobile, mereka dibarisi oleh pemain dari tanah air yang cukup berbakat.

Mereka baru sahaja mengacah Madtoi akan pergi ke suatu tempat yang tidak diketahui. Menurut netizen, ramai di antara mereka berkata Madtoi akan datang ke Malaysia.

Kemanakah hala tuju Madtoi itu? Adakah dia akan datang ke Malaysia untuk bermain bersama ahli pasukan yang lain, memandangkan sempadan negara akan dibuka pada 1 April?

Jaguh dari Thailand ini pernah memenangi PMPL sebanyak tiga kali sepanjang kariernya bersama Team Secret.

Sumber: Team Secret

RELATED NEWS

+