Magic: The Gathering keluarkan set baharu Wilds of Eldraine

Peminat-peminat Magic: The Gathering (MTG) kini kembali ke dunia Arthurian di mana dunia itu mempunyai tema kisah dongeng penuh magik dan fantasi.

Wilds of Eldraine adalah expansion yang ke-97 dan akan datang mulai September depan.

Wilds of Eldraine kini menceritakan apa yang berlaku selepas konflik dengan Phyrexians di mana ramai penduduk dunia itu masih cuba untuk hidup dengan aman tetapi masalah baharu muncul selepas peperangan itu.

Nafas baharu dari Wilds of Eldraine untuk MTG setelah empat pengeluaran sebelum ini hanya mengenai Phyrexians.

Set ini juga akan membawa lebih banyak kad-kad baharu dengan mekanik baharu.

Adventure

    

Jika anda gunakan efek Instant atau Sorcery, kad tersebut akan pergi Adventure.

Apabila kad sedang mengembara, kad itu berada di dalam zon khas dimana anda boleh menggunakan kad tersebut pada masa yang lain.

Role

Terdapat tujuh jenis Role yang dapat digunakan nanti dan hanya satu sahaja memberi efek negatif.

  • Wicked: Apabila Aura ini diletakkan ke dalam graveyard dari battlefield, setiap pihak lawan kehilangan 1 nyawa.
  • Cursed: Creature yang mempunyai Cursed akan menukarkan power dan toughness kepada 1/1.
  • Monster:  Creature tersebut akan medapat +1/+1 dan mempunyai trample.
  • Sorcerer: Creature tersebut akan mendapat +1/+1 dan “Apabila creature ini menyerang, scry 1.”
  • Royal: Creature tersebut akan mendapat +1/+1 dan Ward 1.
  • Young Hero: Creature tersebut mempunyai “Apabila creature ini menyerang, jika toughness adalah tiga ke bawah, letakkan +1/+1 counter ke atas creature tersebut.”
  • Virtuous: Creature tersebut akan mendapat +1/+1 untuk setiap Enchantment yang dikawal.

Bargain

Bargain adalah mekanik di mana anda perlu mengorbankan Enchantment, Artifact, atau Token sebagai bayaran untuk efek tambahan.

Celebration

Celebration akan terjadi apabila dua atau lebih nonland permanents masuk ke battlefield milik sendiri.

Celebration akan memberikan satu creature anda +1/+1.

Food

Mekanik popular Food juga akan bertambah lagi dengan lebih banyak kad-kad baharu.

Food Token akan memberikan anda tiga nyawa jika anda menggunakannya.

Banyak juga produk-produk Wilds of Eldraine akan keluar termasuk Draft, Set, Collector Boosters termasuk Prerelease Kits dan dua Commander Precons baharu.

Fae Dominion (Blue/Black) dan Virtue and Valor (White/Green).

Set draft boosters, bundle dan edisi pengumpul.

Wilds of Eldraine juga ada mengeluarkan Anime Borderless frame.

MTG's Wilds of Eldraine reprints several powerful enchantments as anime  girls (and one goose) | Dicebreaker

Greater Auramancy (Anime Borderless) - Wilds of Eldraine: Enchanting Tales  - Magic: The Gathering

Polluted Bonds (Anime Borderless) [Wilds of Eldraine: Enchanting Tales

Jangan lupa pergi ke kedai-kedai kad berdekatan anda untuk mendapatkan Wilds of Eldraine edisi terbaru Magic: The Gathering yang akan datang 8 September ini!

RELATED NEWS

+