Maharaja Soloz catat 102,000 penonton serentak dalam satu strim, selepas berkahwin

Faris Zakaria atau Soloz mencatatkan angka tontonan serentak (concurrent viewers) yang begitu tinggi, 102,000 dalam satu strim sejurus beberapa hari ‘berehat’ dari Facebook kerana menumpukan pada majlis perkahwinannya bersama gadis pilihan hati, minggu lalu. 

Foto: Gamers On Duty

25 minit strim dilangsungkan, Soloz mencatatkan 102,000 CCV berserta 41 ribu sukaan, 60 ribu komen dan 18 ribu shares. Ini menunjukkan ramai peminat yang tertunggu-tunggu strim beliau dan ada juga yang hadir ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.

Beliau juga dihujani ‘tsunami stars’ rata-ratanya menulis “selamat pengantin baru”.

Soloz sebelum ini dikenali kerana penglibatan beliau dalam arena Mobile Legends: Bang Bang dan menjadi antara pemain yang awal menaikkan arena MLBB tempatan. Beliau juga menyertai Saiyan yang dijenamakan sebagai AirAsia Saiyan dan kini bersama Team Bosskurr sebagai penghibur penstriman langsung sepenuh masa.

Antara pencapaian lain Soloz adalah menerima penghargaan Malaysia Book of Records dan menerima anugerah Facebook Gaming sebagai pencipta kandungan dengan tontonan tertinggi.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+