Marlino 2BAD4YOU muncul juara PUBG Mobile di MyBorneo E-Force Invitational 2020

Pada hujung minggu yang lepas, Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama Persatuan E-sukan Sarawak (SESA) telah mengadakan Kejohanan MyBorneo E-Force Invitational 2020 untuk kategori PUBG Mobile. Pusingan akhir kategori ini berlangsung pada 18 Oktober baru-baru ini.

Selain daripada rakyat Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, kejohanan ini juga dibuka kepada rakyat Brunei dan rakyat Indonesia dari Kalimantan.

Pasukan dari Malaysia 2BAD4YOU telah muncul sebagai johan dengan mengumpul 39 markah pembunuhan dan 66 markah keseluruhan. Naib johan pula ialah pasukan dari Indonesia iaitu Distrik51 Esport. Tempat ke-3 dan ke-4 masing-masing dimenangi oleh dua pasukan Malaysia iaitu Star Squad dan Jellybean Esport.

Pasukan 2BAD4YOU merupakan pasukan baharu yang ditubuhkan oleh Marlino. Sebelum ini, Marlino telah mengumumkan penubuhan pasukan tersebut sebagai Marlino Borneo.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang tempat ke-5 hingga ke-8:

  • Tempat ke-5:  Rata Gank (Brunei)
  • Tempat ke-6: Anom F4W (Indonesia)
  • Tempat ke-7: The Real Esport (Brunei)
  • Tempat ke-8: Goodfellas Gaming (Brunei)

Pada minggu depan, kejohanan ini akan diteruskan dengan kategori permainan MotoGP 20 (PC). Seramai 77 peserta akan bertanding untuk dinobatkan sebagai juara MotoGP MyBorneo. Dua lagi permainan yang akan dipertandingkan adalah Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan DOTA 2.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai MyBorneo E-Force Invitational 2020, pastikan anda mengikuti laman Facebook rasmi SESA.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+