Marvel’s Guardians Of The Galaxy diumumkan Square Enix

E3 2021 bersambung lagi dengan pembentangan dari Square Enix semalam. Square Enix mengumumkan Marvel’s Guardians Of The Galaxy. Anda boleh saksikan video di bawah:

Bersama Star-Lord, dalam aksi third-person dengan penceritaan baru untuk Marvel’s Guardian of The Galaxy. Dengan rakan-rakan seperti Gamora, Rocket Racoon, Groot dengan alpacanya dan Drax. Anda bakal mendapat keseronokan bersama-sama mereka dalam sesi yang penuh tawa dan letupan.

Fungsi dialog juga akan ada nanti dan dialog yang anda jawab akan menentukan arah penceritaan dalam permainan video ini dan juga hubungan anda dengan karakter yang lain.

Marvel’s Guardians Of The Galaxy akan dilancarkan untuk pelantar PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada 26 Oktober 2021 ini.

RELATED NEWS

+