“Masih di dalam perbincangan dengan pihak sebelah,” – Ikuto

Pasukan Todak baru sahaja menamatkan perlawanan mereka menentang pasukan RSG MY di dalam pusingan akhir kelayakan Sukan SEA ke-31.

Mereka akan mewakili Malaysia untuk permainan peranti mudah alih MLBB dan menyasarkan pingat emas untuk tahun ini.

Seperti kita semua sedia maklum, Todak boleh mengambil pemain dari pasukan lain untuk dimasukkan ke dalam barisan pemain mereka di Sukan SEA nanti.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menanyakan soalan ini terhadap Ikuto, Pengurus Pasukan Todak.

“Perancangan itu ada dan kami masih di tahap perbincangan dengan pasukan lain.

“Namun begitu, siapakah gerangan pemain itu masih tidak boleh didedahkan ketika ini,” katanya.

Siapakah pemain dari pasukan lain yang anda rasa akan bermain bersama Todak untuk Sukan SEA ke-31 di Hatnoi, Vietnam nanti? Nyatakan jawapan anda di ruangan komen.

Sukan SEA 2021 dijangka berlangsung pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.

Nama-nama kontinjen negara akan diumumkan tak lama lagi manakala 14 Mac pula akan dimulakan sesi kem latihan (bootcamp).

Setiap atlet akan menyertai bootcamp selama dua bulan di Casa Bukit Jalil dan di EBN Esports Arena di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.

Sukan SEA Hanoi 2021 mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.

RELATED NEWS

+