“Menjerit sebab puas.. mula-mula kami dapat penolakan mata,” – Chibi

Homebois memulakan debut di dalam MPL MY musim ke-9 dengan sangat baik. Mereka berjaya mengekalkan momentum sehingga minggu ke-3.

Rekod tanpa kalah dipegang oleh mereka sebelum dipecahkan oleh Suhaz Esports dengan kemenangan 2-0 pada minggu keempat.

Namun begitu, ia adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan buat pasukan Homebois kerana mereka bermula dengan jumlah penolakan mata negatif 8 pada minggu pertama.

Kini Homebois berada di kedudukan keempat dengan 5 mata di kumpulan A. Mereka harus mengekalkan prestasi untuk layak ke peringkat playoff.

Kami sempat menanyakan Chibi dan bertanyakan tentang prestasi pasukan Homebois ketika ini.

“Setiap kali mencapai kemenangan, saya akan menjerit menandakan satu kepuasan buat diri saya.

“Walaupun masih di peringkat liga, namun kami bermula dengan penolakan 8 mata. Jadi ianya adalah satu kepuasan,” katanya.

Adakah pasukan Homebois akan mengekalkan kecemerlangan mereka pada minggu ini menentang Orange Esports? Kita bakal saksikan.

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+