Mercedes-Benz akan menganugerahkan sebentuk cincin khas kepada juara League of Legends Worlds 2021

League of Legends World Championship 2021 sedang berlangsung dan Riot Games bekerjasama dengan syarikat automotif Jerman, Mercedes-Benz untuk menganugerahkan cincin yang disesuaikan kepada pemain yang menjuarai Worlds tahun ini.

Cincin akan direka khas untuk setiap pemain dengan nama IGL dan nama pasukan mereka dan ia akan menampilkan warna-warna Summoner’s Cup, piala yang dijulang oleh juara dunia League of Legends.

Cincin kejuaraan dunia mempunyai logo bintang Mercedes-Benz yang terpampang di sisi yang diperbuat daripada emas putih 18 karat dengan permata safir yang dipotong khas.

Logo Worlds yang terdapat pada setiap cincin memiliki berlian yang terbungkus di dalamnya. Walaupun Riot Games dan Mercedes-Benz bertanggungjawab untuk mereka lambang itu, cincin itu dibentuk secara terperinci oleh GOOD ART HLYWD.

Video di bawah menunjukkan cincin itu secara lebih terperinci.

Ketua e-sukan global Riot Games, Naz Aletaha mendedahkan sedikit tentang cincin ini dalam blog rasmi LoL Esports.

Kata beliau, “Cincin kejuaraan adalah tradisi tersohor dalam sukan, sinonim dengan pencapaian tertinggi dan kecemerlangan yang tiada tandingannya.

“Sejak bermulanya kerjasama kami pada tahun 2020, Mercedes-Benz membantu menaikkan dan meraikan yang terbaik dari LoL Esports dan kami sangat gembira dapat menyatukan cinta bersama kami untuk reka bentuk dan inovasi untuk membuat tanda gemilang di puncak pencapaian sukan kita,” 

Cincin akan dianugerahkan kepada juara dunia pada 6 November selepas pusingan akhir. Peringkat kumpulan sudah berakhir dan playoff akan dimulakan hari ini dengan Hanwha Life Esports menentang T1. Terdapat lapan pasukan yang bersaing untuk kejuaraan dunia dan peminat mesti menunggu dua minggu lagi untuk mengetahui siapa yang akan membawa pulang Summoner’s Cup tahun ini.

Anda boleh menonton Worlds 2021 secara langsung di Twitch dan di YouTube.

RELATED NEWS

+