Microboy pernah menjadi pemain profesional MLBB

Microboy adalah salah seorang pemain profesional permainan peranti mudah alih PUBG Mobile.

Beliau memulakan karier dengan jayanya bersama pasuka BTR Red Aliens ketika itu.

Antara pencapaian terbesar beliau adalah mendapat tempat kedua di musim liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) 2020 dan juga juara PMWL dan PMCO pada tahun 2020.

Microboy melanjutkan kariernya ke EVOS Reborn selepas keluar dari pasukan BTR pada 29 Januari tahun ini.

Sebelum menjadi pemain profesional PUBG Mobile, Microboy pernah bermain permainan peranti mudah alih Mobile Legends dan mengikuti pusingan kelayakan MPL ID musim kedua.

Kemahiran beliau menggunakan Cyclops ketika pusingan kelayakan itu sangat hebat namun tidak berjaya lolos ke MPL ID musim kedua.

Akan tetapi, kariernya sebagai pemain profesional PUBG Mobile ternyata memberikan hasil yang lebih lumayan sehingga kini.

Sumber: EVOS Esports

RELATED NEWS

+