Mid Season Invitational (MSI) 2022 akan bermula esok, peminat ingin pertembungan T1 dengan G2

Kejohanan Jemputan Pertengahan Musim (MSI) 2022 bagi League of Legends akan membuka tirainya esok hingga 29 Mei ini.

Difahamkan, ia menjadi gelanggang besar untuk pasukan gergasi seperti T1 dari Korea Selatan yang memenangi liganya (LCK) tanpa kalah untuk berentap lawan G2 dari Eropah (LEC).

Pada 2019, G2 berjaya memenangi perlawanan semi final ke atas T1 yang mana mereka menang sengit 3-2 dan seterusnya mengalahkan Team Liquid di grand final dengan skor 3-0.

MSI 2020 dibatalkan dan MSI 2021 pula G2 tidak layak kerana disingkirkan oleh Rogue 1-3 di peringkat lower bracket.

Oleh itu, MSI 2022 akan menjadi saksi siapa pasukan yang kuat pada musim kali ini.

Bertempat di Busan, Korea Selatan, T1 mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah di kejohanan kali ini.

Mampukah G2 akan mencabar kembali T1? Lebih-lebih lagi apabila pemain legenda, Faker sendiri menyatakan hasrat ingin bertemu dengan G2?

Dengan lineup yang terdiri daripada pemain baru seperti Flakked dan Targamas, pastinya menarik untuk kita saksikan persembahan G2 di pentas antarabangsa kali ini. 

Foto: G2 Esports

RELATED NEWS

+