Minat tulis pasal e-sukan? Jom sertai kami sebagai penulis komuniti

Ada banyak acara, workshop dan pertandingan e-sukan di universiti tapi tak punya peluang platform untuk promosi? ataupun anda seorang yang memang aktif dalam komuniti e-sukan dan berminat nak kongsi penulisan tentang game yang anda minat?

Janganlah risau, inilah masanya untuk anda serlahkan bakat menulis!

MyGameOn sedang mencari penulis komuniti dalam kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai minat mendalam tentang e-sukan.

Antara peluang yang anda dapat ialah:

  • Menulis artikel tentang perkembangan terkini e-sukan di peringkat universiti/komuniti ataupun di peringkat profesional.
  • Menulis review permainan video yang trending atau yang anda suka main.
  • Menyuarakan pendapat dalam artikel yang lebih kepada opinion piece.
  • Dibayar untuk setiap artikel yang disiarkan di laman web.
  • Jika berjaya penuhi KPI (jumlah bacaan untuk artikel di laman web), anda akan mendapat bonus.

Bagi yang berminat, anda boleh menghantar email atau butiran ke [email protected]

RELATED NEWS

+