Jason Momoa diumumkan akan berlakon untuk filem Minecraft

Filem Minecraft kini sudah tiba dan ramai peminat sangat teruja dengan penantian yang sudah berakhir ini.

Menurut The Hollywood Reporter, Jason Momoa kini dalam perundingan akhir dengan Warner Brothers untuk Minecraft Live-Action.

Momoa sebelum ini berlakon dalam beberapa filem dan siri hebat seperti Aquaman, Game of Thrones dan Dune.

Filem Minecraft ini sebenarnya sudah lama dalam pelan Minecraft.

Ia diumumkan ketika tahun 2014 lagi di mana Minecraft akan bekerjasama dengan Warner Brothers.

Setakat ini plot untuk filem ini masih belum diketahui dan Jared Hess bakal menjadi salah seorang pengarah filem ini.

RELATED NEWS

+