Pembangun permainan popular The Legend of Mir kini mencuba nasib mereka di platform peranti mudah alih, mereka baru sahaja mengumumkan CBT (Close Beta Test) untuk permainan baru mereka berjudul Mir4. Ia baru sahaja dilancarkan 11 am (UTC+8) hari ini.
Berbekalkan Unreal Engine, Mir4 mempunyai gambaran grafik yang sangat cantik dan menarik untuk dipandang! Segala bentuk model bangunan, karakter, raksasa direka khas menjadikan ia seakan-akan grafik dari permainan AAA PC.
Antara elemen gameplay yang ditonjolkan dalam permainan ini adalah:
QUESTING
Para pemain dapat membuat quest untuk mendapat exp dan hadiah-hadiah berbentuk Copper menjadi salah satu mata wang yang akan digunakan di dalam permainan, Mir4 menerapkan auto questing untuk memudahkan para pemain dan tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat secara manual.
CLAN
Seperti MMORPG lain, Mir4 juga mempunyai fungsi Clan yang akan mengumpulkan pemain di bawah satu bumbung, mereka akan dapat donate barang-barang keperluan untuk menambah baik fungsi Clan. Selain itu, pemilik Clan akan dapat menyertai Clan War dan membuat sekutu dengan Clan lain bagi menambahkan kekuatan mereka!
SPIRIT
Seperti fungsi pet, Spirit ini ditugaskan untuk menemani karakter anda dan memperkuatkan lagi daya saing karakter anda. Ia juga mempunyai kemahiran tersendiri seperti penambahan attack damage, menghidupkan semula pemilik mereka serta penambahan pertahanan karakter.
CRAFTING
Crafting adalah salah satu elemen penting di dalam genre MMORPG dan Mir4 tidak terkecuali untuk memperkenalkan fungsi itu, barang-barang yang tidak digunakan selepas tamat farming akan dapat digunakan untuk proses crafting barang yang lebih kuat.
CBT dimulakan dari 05 Ogos – 08 Ogos, pembangun akan mengambil data serta komen dari pengguna beta test untuk melaporkan sebarang bug yang dijumpai di dalam permainan. Bagi anda yang minat dengan grafik seakan Black Desert Mobile dan fungsi pertempuran seperti Blade & Soul, anda boleh mencuba CBT di paparan INI.