[RASMI] Bottle sertai Bigetron Alpha untuk MPL ID musim kelapan

Agung “Bottle” Dita merupakan seorang jungler yang sangat berpotensi di arena e-sukan Mobile Legends Indonesia, beliau berjaya membawa pasukannya, Genflix Aerowolf ke peringkat lower bracket final di MPL Indonesia musim ketujuh.

Hanya dikalahkan oleh EVOS Legends pada waktu ini, ia sedikit pun tidak menghentikan pemain ini untuk terus menuju ke hadapan dan menjadi pemain yang digeruni oleh pasukan yang lain. Terkenal dengan hero kegemaran beliau Ling, Bottle merupakan pemain muda yang sudah menempah nama di arena e-sukan Indonesia.

Terkini, pasukan Bigetron Alpha telah mengumumkan kemasukan Bottle sebagai salah seorang pemain pasukan tersebut. Melalui kenyataan rasmi akaun Instagram milik Bigetron Alpha, ramai netizen yang menyokong keputusan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Mungkinkah kemasukan Bottle ini bagi menggantikan Branz sebagai jungler di roster utama, gara-gara isu yang hangat diperkatakan oleh komuniti Mobile Legends Indonesia baru-baru ini. Branz telah direhatkan oleh pasukan Bigetron Alpha selama sebulan seterusnya tidak dapat bertanding di MSC 2021.

Bottle ketika di Genflix Aerowolf

Selain itu, kemasukan pemain jungler yang muda dan berkaliber telah dilakukan oleh pasukan RRQ Hoshi dan EVOS Legends terlebih dahulu. Membawa masuk Alberttt dan Ferxiic yang ternyata memberikan keputusan perlawanan yang sangat luar biasa sepanjang MPL Indonesia musim ketujuh.

Akhir kata, para peminat pasti menunggu permainan yang akan ditonjolkan oleh Bottle. Mampukah beliau membina keserasian bersama pasukan yang baru ini, kita saksikan.

RELATED NEWS

+