"> " /> " />

Fantasian bahagian dua akan lebih menarik dan mencabar

Fantasian bahagian 2 hampir selesai dan ia akan menggandakan ukuran permainan pertama menurut pengarah permainan, Hironobu Sakaguchi.

Dalam kenyataan kepada Famitsu (seperti yang diterjemahkan oleh VGC), Hironobu Sakaguchi melaporkan kemaskini kepada para peminat untuk Fantasian bahagian 2.

Beliau berkata “Bahagian kedua Fantasian hampir selesai, bahagian ini dua kali lebih besar dari bahagian pertama. Ia melebihi jangkaan kami.” Bahagian pertama Fantasian dikeluarkan secara eksklusif untuk pengguna iPhone di Apple Arcade pada April.

Fantasian bahagian 2 akan berkembang berdasarkan kisah permainan pertama, akan tetapi Sakaguchi menjelaskan bahawa bahagian 2 tidak hanya berkembang di dalam saiz namun ia turut membawakan raksasa dan bos baru yang unik dan mencabar.

Sakaguchi juga mengatakan bahawa dia menganggap Fantasian bahagian 2 adalah permainan hebat, hasil dari usaha pasukan pengembangan dan juga kakitangan lain. 

Dibangunkan oleh Mistwalker, Fantasian adalah permainan old school rpg yang menampilkan lebih dari 150 dioramas 3D yang berfungsi sebagai lokasi permainan. 

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+