Peminat Genshin Impact? Anda harus cuba game ini pula

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Genshin Impact, permainan genre RPG kegilaan ramai remaja ketika ini masih popular berbekalkan sistem gacha mereka. Kini, pembangun permainan peranti mudah alih Game-Ark dari Hong Kong sudah mengeluarkan permainan seakan-akan Genshin Impact. 

Ia dikenali sebagai The Legend of Neverland. Permainan ini memberikan fokus kepada genre MMORPG dan mempunyai sistem player vs player (PVP).

Akan tetapi, mereka menggunakan mod automatik bagi menyelesaikan quest dan meningkatkan level watak yang dipilih. Genshin pula memilih untuk tidak menggunakan sebarang mod automatik dan ianya seakan bermainan permainan di Platform PC.

Legend of Neverland juga menerapkan elemen gacha di dalam permainan mereka. Pemain perlu menggunakan summon seed untuk mendapatkan fairy kesukaan mereka.

Fairy ini akan membantu mereka di dalam pertarungan dan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Selain itu, Game-Ark juga menggunakan konsep PVP di dalam skala besar dan kecil untuk menambahkan konten yang ada menjadi lebih menarik.

Komen-komen netizen mengatakan mereka ingin mencuba permainan peranti mudah alih ini kerana grafik permainan ini seakan Genshin namun ianya sudah dikurangkan bagi membolehkan semua pemain merasai pengalaman untuk bermain bersama rakan.

Permainan peranti mudah alih ini boleh dimuat turun di App Store dan Google Playstore dengan hanya memerlukan 1.5gb data penyimpanan berbanding Genshin yang memerlukan 5gb data. Ianya adalah percuma dan menawarkan sistem gacha untuk peminat mod itu. 

Jika anda seorang peminat Genshin Impact, permainan Neverland ini harus dicuba bersama rakan-rakan yang lain. Selamat mencuba! 

RELATED NEWS

+