MLBB: Indonesia kini di kedudukan teratas kumpulan B

Peringkat kumpulan MLBB Sukan SEA Hanoi 2021 menyaksikan pasukan Indonesia meraih kemenangan tanpa sebarang kekalahan ketika ini.

Mereka berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan skor 2-0 tanpa balas.

Momentum mereka diteruskan dengan kemenangan ke atas Singapura dengan skor yang sama.

Oleh kerana itu, mereka kini berada di kedudukan teratas kumpulan B dengan 6 mata manakala pasukan Filipina kini berada di kedudukan teratas kumpulan A.

Manakala, kontinjen negara masih berpeluang untuk bermain di peringkat lower bracket sekiranya mereka berjaya menewaskan pasukan Laos dan juga Myanmar. 

Marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan negara untuk bangkit semula dan mengharumkan nama Malaysia dengan membawa pulang pingat.

Semoga berjaya diucapkan dan Malaysia Boleh!

Tonton siaran langsung di Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang dalam Bahasa Melayu.

Sumber: Liquidpedia

RELATED NEWS

+