MLBB M5: Apa yang halang pasukan Malaysia di international? Ini luahan Mikko

MPL MY adalah salah satu platform dalam dunia MLBB yang menawarkan pasukan Malaysia slot untuk ke kejohanan siri M dan juga MSC.

Tetapi, perbezaan ketara dapat dilihat berbanding MPL Indonesia dan MPL PH apabila di pentas antarabangsa.

Boleh dikatakan setakat ini tiada satu pun pasukan MPL MY pernah memenangi pertandingan antarabangsa dari M1 sehinggalah M4 dan pencapaian terbaik dipegang oleh Todak memperoleh tempat ketiga di M1.

Apa pendapat Mikko? 

Deomark “Mikko” Tabangay tidak asing lagi dalam dunia profesional MLBB dan pernah bertanding di MPL PH musim ke-10 dan ke-11.

Menurut laporan dari ONE Esports, Mikko mengatakan pasukan MPL PH mempunyai ketahanan lebih tinggi berbanding pasukan MPL MY.

No photo description available.

“Pasukan Filipina lebih baik dalam meramal pergerakan musuh dan menunjukkan pendekatan proaktif manakala pasukan Malaysia lebih kepada reaktif. Pasukan Filipina secara konsisten sentiasa berada di hadapan,” ujar Mikko.

Pasukan MPL PH juga menapak sebagai gergasi besar apabila siri M dimenangi oleh tiga pasukan Filipina iaitu Bren Esports di M2, Blacklist International di M3 dan ECHO di M4.

“Pasukan Filipina lebih memberi fokus kepada hadiah dan keinginan untuk menang yang tinggi,” ujar Mikko.

“Hal ini jauh berbeza dengan pemikiran beberapa pasukan Malaysia yang hanya berpuas hati mendapatkan tempat lapan teratas,” tambahnya lagi.

Adakah Team SMG dan HomeBois bakal menempa nama nanti semasa M5 World Championship sudah pun berlangsung dan kini memasuki peringkat kumpulan.

Rujukan: OneEsports

RELATED NEWS

+