MLBB salah satu e-sukan di Esports World Cup (EWC), MSC 2024 dan MWI diadakan di Riyadh, Saudi

Mobile Legends: Bang Bang sah tersenarai sebagai salah satu e-sukan di Piala Dunia E-Sukan di mana kejohanan berprestij mereka, Piala Pertengahan Musim (MSC) 2024 dan kejohanan Jemputan Wanita (MWI) akan dianjurkan buat pertama kalinya di luar Asia Tenggara iaitu di Riyadh, Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan media hari ini, MOONTON Games dan Esports World Cup Foundation bekerjasama menjayakan kejohanan itu di mana 14 rantau dan lebih 35 negara akan merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$3 juta dipertandingkan, paling tinggi salam sejarah MLBB.

MSC 2024 juga akan menampilkan format Wild Card yang diperkenalkan di kejohanan dunia, M5 tahun lalu.

Ini adalah rantau yang akan mengambil bahagian di MSC 2024:

  • Indonesia – 2 slot dari MPL ID S1
  • Filipina – 2 slot dari MPL PH S13
  • MENA – 2 slot dari MPL MENA S5 
  • Malaysia – 1 slot dari MPL MY S13
  • Singapura – 1 slot dari MPL Singapura S7
  • Kemboja – 1 slot dari MPL Kemboja
  • Myanmar – 1 slot dari kelayakan Myanmar
  • Amerika Utara – 1 slot dari NACT 2024 Spring Fall
  • EECA – 1 slot dari MCC (MLBB Continental Championship)
  • Turkiye – 1 slot dari MTC (MLBB Turkiye Championship)

MWI 2024 juga akan meletakkan hadiah wang tunai terkumpul AS$500,000 dan penyertaan dari 12 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, China dan lain-lain.

“Kolaborasi ini membuka lembaran baharu buat MLBB Esports dan ekosistem e-sukan peringkat global,” kata Ketua Ekosistem E-Sukan MOONTON Games, Ray Ng.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Esports World Cup Foundation dan ‘terbang’ jauh melangkaui Riyadh. Ia selari dengan visi kami memperhebatkan MSC dan MWI dengan inklusiviti,” katanya.

MSC 2024 akan diadakan dari 1 Julai hingga 14 Julai. Bagi MWI pula, maklumat mengenainya akan diumumkan dalam masa terdekat.

RELATED NEWS

+