tidak begitu ‘panas’ dan menggesa agar Moonton memberi perhatian."> tidak begitu ‘panas’ dan menggesa agar Moonton memberi perhatian." /> tidak begitu ‘panas’ dan menggesa agar Moonton memberi perhatian." />

MobaZane berniat ke Filipina sebab dah tak puas hati main di NA

Kapten pasukan BloodThirstyKings (BTK) Michael Cosgun atau dikenali sebagai MobaZane pernah berkata bahawa arena kompetitif Mobile Legends Bang Bang di Amerika Utara tidak begitu ‘panas’ dan menggesa agar Moonton memberi perhatian.

Malah, dia kecewa dengan ekosistem MLBB di Amerika Syarikat. Tambahan pula, MobaZane juga pernah memuji pemain-pemain di rantau Asia seperti Wise dan pernah juga berkata ingin bermain untuk rantau ini.

Dalam satu video baru-baru ni, MobaZane menyatakan niatnya untuk berpindah ke rantau Asia.

“ML semakin membosankan di Amerika Utara. Saya dan Chicken (FwydChickn) berpindah ke Asia, saya rasa,” katanya.

Dia kemudian mendedahkan bahawa mereka tidak dapat ke Indonesia, jadi mereka akan pergi ke Filipina pula.

“Kami tidak boleh pergi ke Indo (Indonesia) sekarang, jadi kami hanya akan pergi ke Filipina. Pada ketika ini, di mana-mana sahaja adalah lebih baik daripada NA,” tambahnya.

Menurutnya, dia dan Chicken akan bertolak ke Filipina sekitar hujung bulan Mac. Dia juga percaya bahawa dia akan lebih puas bermain MLBB di rantau Asia kerana tiada kepuasan memenangi apa-apa kejohanan MLBB di rantau Amerika Syarikat.

“Saya rasa saya akan menjadi lebih bahagia di Asia. Menang atau kalah, saya tidak begitu seronok di NA. Menang atau kalah, permainan ini tidak menyeronokkan dan tiada apa yang boleh saya lakukan mengenainya. Itu isu pelayan, bukan isu saya.”

Setakat ini, MobaZane belum mendedahkan pasukan yang ingin disertai olehnya di Filipina.

Sumber rujukan: YouTube

TAGS

RELATED NEWS

+