MobaZane puji Wise dari Blacklist International yang pandai main jungler

Kapten pasukan BloodThirstyKings (BTK), Michael Cosgun atau lebih dikenali sebagai MobaZane, akui bahawa Wise dari Blacklist International adalah salah seorang pemain jungler yang paling berkesan dalam meta sekarang.

Menurut sebuah video temubual MobaZane, dia menerangkan cabaran seorang pemain jungler serta posisi pemain jungler dalam meta terkini. MobaZane dianggap sebagai pemain jungler dan Marksman yang terbaik dalam arena kompetitif Mobile Legends Bang Bang (MLBB).

Cabaran Seorang Jungler

Dalam temubualnya, MobaZane menerangkan tanggungjawab seorang jungler yang baik. 

Dalam situasi biasa, seorang jungler akan bermain dalam kawasan jungle secara solo sehingga pemain itu betul-betul dilengkapi skill dan item untuk berlawan. Ini akan menyebabkan situasi 4v5 untuk sebahagian perlawanan kerana seorang pemain betul-betul tertumpu di kawasan jungle.

Dari segi permainan MobaZane pula, dia bermain untuk membantu pasukan dan bukannya bertindak sebagai carry di mana biasanya semua orang akan menyalurkan sumber mereka kepadanya.

MobaZane juga berkata carry jungle bukan strategi yang baik.

Carry jungle? Tidak, kerana pemain Tank akan menewaskan anda pada peringkat awal,” kata MobaZane.

MobaZane juga berkata peranan carry jungle ini hanya boleh dipakai di peringkat kompetitif rendah kerana ramai pemain yang mahir di peringkat tinggi pandai menentang pemain carry jungle.

Kebijaksanaan Wise

Pemain utama Blacklist International, Wise, mempunyai idea bernas untuk bermain jungle dengan matlamat membantu pasukannya untuk mendapatkan sumber yang mencukupi dan bukannya menjadi pemain hard carry. Cara permainan ini lebih kurang seperti pemain semi-support.

“Itulah sebabnya saya fikir mungkin Wise mempunyai idea yang betul tentang cara bermain jungle, mungkin juga sebagai pemain support kedua,” kata MobaZane.

MobaZane juga mengetengahkan bahawa strategi ini adalah keputusan yang tepat dari Blacklist International. Namun, dia tetap rasa bahawa dia boleh membawa strategi itu dengan lebih baik di M3 World Championship.

Sumber: YouTube

 

RELATED NEWS

+