Mobazane dan Xinnn bertukar jersi di Kejohanan Dunia M3

Jika anda mengikuti Instagram Mobazane, beliau memuat naik foto bertukar jersi dengan lagenda pemain RRQ iaitu Xinnn. Mobazane dilihat menyarung jersi kepunyaan Xinnn manakala Xinnn pula sebaliknya.

Walaupun mereka tidak berlawan di peringkat playoff mahupun peringkat kumpulan, kedua-dua pemain ini sangat mesra ketika pertemuan di acara berprestij itu. 

BTK memberikan kejutan kepada para penonton dan peminat e-sukan Mobile Legends: Bang Bang.

Mereka berjaya mendapat tempat ketiga di dalam Kejohanan Dunia M3 selepas tewas di tangan pasukan Blacklist International.

Meskipun gagal mendapatkan gelaran juara, pasukan BTK memberikan saingan hebat dan fakta yang menarik tentang pasukan ini adalah mereka bermain tanpa jurulatih dan juga penganalisis.

Adakah anda juga peminat Mobazane? Beliau menjadi salah seorang pemain yang harus ditonton ketika ini.

Kemahiran yang dimilikinya bermain hero seperti Roger dan Yi Sun Shin sangat memukau mata penonton.

Foto: mobazaneofficial

RELATED NEWS

+