MobaZane ke Filipina?

Kapten pasukan Mobile Legends Blood Thirsty Kings (BTK), Michael Cosgun atau lebih dikenali sebagai MobaZane dilaporkan sudah berangkat ke Filipina.

Dalam satu hantaran di Instagram Story akaun rasminya, @mobazaneofficial semalam, dia menunjukkan satu foto membawa bagasi dengan kapsyen otw to (bendera Filipina). Dalam Bahasa Melayu bermaksud dia sedang dalam perjalanan ke Filipina.

Adakah ini bermaksud MobaZane bakal menetap sementara di Filipina kerana inginkan perlawanan MLBB yang mencabar di Asia Tenggara?

Atau dia juga memberi bayangan akan menyertai pasukan profesional di sana? Sama-sama kita nantikan perkongsian baru MobaZane.

RELATED NEWS

+