Mobile Legends: 5 Red Army Kini Bernaung Di Bawah Darkhorse

Organisasi e-sukan, Darkhorse sah mengambil alih pasukan Mobile Legends, 5 Red Army yang dianggotai oleh Hisyam “Dragon” Bin Hardira, Wan “4Meyz” Usman, Muhammad “Anip” Haniff, Muhammad “CooL” Aizat, Muhammad “Sepat” Irfan dan Muhammad “Inferni” Saiful.

 

Pasukan ini pernah menewaskan pasukan veteran seperti GeekFam dan Axis Bosskurr dan kali ini mereka bersiap sedia menghadapi musim seterusnya bagi Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura.

Selain itu, pasukan Darkhorse CS:GO pula layak mewakili negara di kejohanan WESG SEA pada 31 Oktober hingga 3 November selepas layak menerusi pusingan kelayakan kebangsaan dimenangi tak lama dulu.

Mereka diwakili oleh Chun “Divine” Ting, Ryan “dReamy” Tan, Hoc “Fayde” Wah, Kai “Fish” Fong dan Aiman “r3flex” Hakim. Pastinya pasukan ini akan menggegarkan arena CS:GO peringkat Asia Tenggara nanti.

Sesuai dengan misi untuk meningkatkan kesedaran dan menggilap bakat tempat ke peringkat seterusnya, Darkhorse di bawah naungan Cove Esports adalah inisiatif yang bagus dalam industri e-sukan. Pastinya selepas ini kita akan nampak lebih ramai bakat tempatan yang lahir daripada organisasi ini bahkan mereka bukan saja mampu bertanding di peringkat profesional tapi juga menunjukkan daya saing yang tinggi.

RELATED NEWS

+