Mobile Legends: Eone dilantik sebagai pembantu pengurus pasukan Todak

Baru-baru ini, pemain role tank pasukan Todak “Eone” telah berhenti bermain secara kompetitif dan berhasrat ingin memberikan ruang kepada pemain muda yang lain untuk mengambil alih tempat beliau di dalam pasukan itu.

Kata beliau tempoh hari, dia akan masih bersama pasukan Todak meskipun telah bersara sebagai pemain peranti mudah alih Mobile Legends secara kompetitif.

Kejutan untuk para peminat, Eone telah membuat kemunculan sulung sebagai pembantu pengurus bagi memberikan peluang kepada diri beliau untuk menceburi bidang pengurusan.  

Pelantikan ini berdasarkan posting laman sosial Instagram Todak MLBB sebentar tadi. Kehadiran Eone akan membantu melancarkan urusan-urusan di peringkat atasan bagi menguruskan pasukan dan meningkatkan kualiti serta mutu pasukan Todak sebagai salah sebuah organisasi e-sukan yang berjaya.

Kejohanan dunia, M2 adalah acara e-sukan terakhir untuk Eone sebelum beliau mengambil posisi baru ini.

RELATED NEWS

+