mengumumkan division bagi siri FIFA, menyaksikan kemasukan Kathireswaran “Infamous9” Sugumaran sebagai pemain profesional dan Lim Boon “Shige” Shin yang kemudian menjadi jurulatih."> mengumumkan division bagi siri FIFA, menyaksikan kemasukan Kathireswaran “Infamous9” Sugumaran sebagai pemain profesional dan Lim Boon “Shige” Shin yang kemudian menjadi jurulatih." /> mengumumkan division bagi siri FIFA, menyaksikan kemasukan Kathireswaran “Infamous9” Sugumaran sebagai pemain profesional dan Lim Boon “Shige” Shin yang kemudian menjadi jurulatih." />

Mobile Legends: FrostFire Mengumumkan Skuad Terbaru, Dianggotai Neo Daripada Team Eksdi

FrostFire sebelum ini mengumumkan division bagi siri FIFA, menyaksikan kemasukan Kathireswaran “Infamous9” Sugumaran sebagai pemain profesional dan Lim Boon “Shige” Shin yang kemudian menjadi jurulatih.

Hari ini, mereka sekali lagi membuat kejutan, kali ini dengan mengumumkan skuad terbaru Mobile Legends untuk bersiap sedia menghadapi pusingan kelayakan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura musim kedua! 

Bagi korang yang tak tahu, Team FrostFire mempunyai bekas pemain Team Eksdi yang pernah dapat tempat kelapan dalam MPL musim pertama.

“Kami masih baru, perlu lebih latihan dan mencuba meta baru bagi memastikan prestasi sentiasa berada di tahap yang terbaik,” –  Nasri “Neo” Osman, satu-satunya ahli asal Team Eksdi dan juga kapten FrostFire.

Ini adalah roster penuh mereka:

Dari kiri: Nasri “NEO” Osman, Haziq “JIQ” Hasani, Aminur MIN” Rashid, Alimusa “WXN” Saifuddin dan Kamal “MAL” Hafizh.

Kami di MGO ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad baru FrostFire ini. Mungkin sekarang dah banyak organisasi tempatan mula melihat potensi bakat terpendam dalam setiap diri pemain Mobile Legends tanah air. Syabas!

RELATED NEWS

+