Mobile Legends: Jom Tengok Playoffs MSL Di Pawagam!

Selalu kalau pergi tengok wayang, mesti sebab nak tengok latest blockbuster film kan tapi kali ni korang berpeluang usha Mobile Legends pulak!

Golden Screen Cinemas (GSC) umum kolaborasi bersama Mobile Star League (MSL) untuk menjadi hos bagi kejohanan akhir Mobile Legends Invitational League Musim Ketiga! 
Bagi yang tak tahu apa itu MSL, ia adalah satu liga dalam talian yang mengumpulkan beberapa pasukan profesional Mobile Legends dari Asia Tenggara seperti Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar dan Filipina.

  • Pasukan Indonesia: Aerowolf, REVO dan ONIC Esports
  • Pasukan Malaysia: ICON dan Mysterious Assassins (MyA)
  • Pasukan Singapura: Resurgence dan Bigetron SG
  • Pasukan Myanmar: Burmese Ghouls

Lapan pasukan ini akan berentap sesama sendiri di peringkat kumpulan dan hanya empat saja layak ke playoffs. Perlawanan empat pasukan terbaik ini akan ditayangkan di pawagam GSC terpilih iaitu di:

  • Tempat: GSC Berjaya Times Square dan GSC Paradigm JB
  • Tarikh: 2 April hingga 3 April 
  • 11 pagi hingga 7 malam

Bermula 14 Mac ini, korang boleh dapatkan bundle Mobile Legends pada harga RM25  yang menawarkan kombo popcorn dan satu tiket untuk 8 jam tayangan Mobile Legends Invitaiton Musim Ketiga pada 2 April atau 3 April. 

75 pengunjung yang terawal jugak boleh tebus 100 Diamonds dalam Mobile Legends dan 5 peminat bertuah boleh memenangi giveaway yang bernilai 500 Diamonds beserta dua baucar filem GSC dari 21 Mac hingga 3 April dengan memuat naik pembelian tiket MSL ke ruangan komen di post Bundle di Facebook GSC  dan kongsi dengan hashtag #MSLGSC

RELATED NEWS

+