Mobile Legends: ‘Street Punk’ Ling Adalah Skin Starlight Pada Bulan Mac

Skin Starlight bagi Mobile Legends: Bang Bang pada bulan Mac nampaknya tak lain tak bukan ialah ‘Street Punk Ling’!

Jika anda saksikan video di atas, pelbagai ganjaran akan diperoleh bagi pembelian pas Starlight tersebut. Antaranya skin yang disebutkan tadi dan painted skin Hammer of Despair (Minotaur).

Seperti biasa akan ada Battle Emote sempena Street Punk Ling dan sacred statue pada peringkat ke-60.

Bagi pengguna pas Starlight sedia ada, anda pasti menerima baucar 20% potongan harga untuk pembelian pas Starlight bulan Mac ini.

Ia boleh didapatkan dengan 385 Diamonds saja jika menggunakan baucar atau 550 Diamonds untuk harga asal.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+